Tuesday, November 1, 2011

Sesal

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya..

Aihhh...

Bila sudah sesal di kemudian hari, meraung pun tiada gunanya.. air mata yang membanjiri bantal pun tidak bisa memulihkan segalanya.. ibarat sekujur diri tenggelam di dalam pasir jerlus..

Sudah terhantuk, baru tergadah...

Tatkala sedar telah diuji berkali-kali; barulah mata terbuka, hati melihat, telinga mendengar.. terpampang segala cacat cela dan kekurangan diri..  kerdilnya diri.. terasa lopak dan lubang melata di dada.. kering dan tandus jiwa ini..

Singkat sungguh hidup ini.. bila-bila masa sahaja ia akan dicabut.. baru kini aku sedar.. walaupun seringkali didedah di media massa mahupun laman sesawasang, blog, laman sosial, juga sebaran mulut..  

Ambil yang jernih, buang yang keruh..



Sesali dan hayati.. pelajari dan ambil iktibar.. perbaiki dan lipatgandakan usaha.. agar pisang tidak berbuah dua kali..

0 comments:

Post a Comment

Template by:

Free Blog Templates