Saturday, May 19, 2012

Kenapa susah sangat...? T___T

Aku rasa susah hati sangat.. kenapa belajar ni sangat susah..? kenapa aku baca aku tidak faham..? kenapa aku asyik bingung dan melamun di kelas..? susah lah camni..

Teman akan kata, janganlah menyerah kalah.. cuba lah.. tanya lah.. usaha lah lagi..

Tapi aku rasa, otak aku dah 'beku' dah.. sebab itu lah apa yang diajar tak masuk dan tak lekat.. cakap apa pun x jalan.. 

Betul ke istilah 'otak beku' ini? 

owh tidak.. perlu ke aku ambil cuti tanpa gaji dan fokus belajar sahaja? aku rasa aku tidak berkemampuan buat 2 kerja dalam 1 masa.. belum lagi mampu.. kalau setakat buat kerja rumah eg masak nasi sambil tu sapu lantai, boleh lah! :P  orang juga akan  kata, orang boleh buat, takkan kau tak boleh buat? itu lah masalahnya.. orang tu lain, aku lain.. tidak mampu hebat seperti itu.. 

masa'alah...

*emosi di penghujung semester*


Saturday, May 12, 2012

Selamat Bertambah Umur-ku!

"11 Mei.. hari lahirku.. hari lahir yang ke dua puluh sembilan.. phew... lantas ku melihat kembali perjalanan hidupku, masih terlalu banyak lopak dan ruang yang perlu aku isi dan kambus.. =) ku lihat ke hadapan, masih kabus dan tidak jelas.. aku masih belum pandai menjadi pelakon pentas kehidupan nampaknya... "

Dengan niat, aku saja take out tarikh lahir di muka.buku ku.. saje nak tengok, siapa yang ingat tarikh lahirku tanpa perlu ada bantuan muka.buku.. ternyata, Coach A yang pertama.. kedua, kak in.. ketiganya, TT.. seterusnya, teman2 lain di muka.buku selepas TT ucap selamat kepadaku di dindingku (first!).. eheheh.. Terima kasih atas ucapan2 teman-teman semua.. seronok hati ini.. terima kasih.. tahun ini, aku dah pesan kat Coach A awal2, tak mahu sambut besar2.. terutama sekali di pejabat.. segan aku.. maka, memang bersederhana dan seadanya.. tiada kek tiada kejutan.. hehehe..

Jumaat tu aku ke Melaka, jemput Ami Nandez yang telah selesai menamatkan pengajiannya.. yang juga, telah selesai bermain hoki dalam pertandingan antara politeknik seMalaysia sebagai juara! tahniah.. memandangkan penyakit 'tidur sambil memandu' ku masih belum pulih sepenuhnya, maka aku ajak Coach A sekali.. selepas Maghrib kami bertolak.. dalam perjalanan tu, Coach A hadiahkan aku sebotol minyak wangi edt yang harummm sangat.. Sunkissed Glow by JLO! Baunya amat menyegarkan- tropicana dan buat aku berasa sexeh sekali! eheheh.. TERIMA KASIH Coach A..


... sambung kemudian.....

Template by:

Free Blog Templates